BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 31, 2011

yeah..

thanks laa pak cik ae, saya cakap lain pak cik gunting cara lain ae... terima kasih banyak-banyak ye pak cik, sekurang-kurangnya orang tak kenal saya... pasnie dengarlah betul-betul bila cust cakap tuu, jangan nak buat bedtimes stories... puas saya kena ketawa dengan kawan-kawan saya sebab pak cik.. pak cik takpe laa sebab kerja pak cik sudah siap.. saya tak tahu macam mana nak hadapi hari-hari yang mendatang... terima kasih juga kepada zulaiha deraman..

kau ketawa ae,nantilah kau..pasnie aku bukan budak handsome lagi...kau senget...

myline...

malam nie semua kelam kabut nak buat myline termasuklah aku sendiri, ngeeee~.. nak log in saja sejam depan lappy, syukur ucu jadi penyelamat aku... rupa-rupanya salah step,hahhahaa... dapat log in terus jawab tapi lepas 20 soalan tiba-tiba tangan aku nak submit,sudah submit barulah aku terfikir balik "kenapa dengan aku nie?".. kena ketawa gak laa dapat 9/60,mongoks... dengan semangat yang baru aku cuba buat kali kedua dan kali kedua juga aku fed up,dapat marks rendah so aku sudah malas terus log out and BW kejap pastu layan cerita ADAMAYA,..
sudah lama aku tak layan cerita tuu,best gila kot... aku harap sangat-sangat aku boleh jadi macam Adam, sentiasa sabar dan senyum walaupun banyak benda yang terjadi pada diri dia... sambil layan Adamaya sambil makan Mamee kari, stok Mac Gee sudah habis... tapi sebelum tu aku and mus kacau oyie yoyie tidur dulu,..relax ae oyie,cakap lagenda budak setan so sempoi laa kan... hahahaaa,mata aku sudah pedih mau tidur... esok ada test and mau outting photography for final project GDT 104... yeah my fav subject...

nite all,salam..

Wednesday, March 30, 2011

amanah...

selesai sudah satu amanah yang aku terpaksa pikul selama 2 hari... aku syukur banyak-banyak semua berjalan dengan baik walaupun tidak lancar... terima kasih kepada semua students AD111 1A (grafik).. group 1 and 2.. thanks juga kepada yang mendengar kata aku... even banyak yang perlu diperbaiki tapi syukurlah sebab kita sudah sehabis baik... kita buat lagi gempak next semester... yeeaaahhhh... thanks all, tak lupa juga kepada yang membantu serta yang membeli...

Tuesday, March 29, 2011

art market...

bermula 29-30/03/2011 art market dijalankan di dewan utama,UiTM Kuala Terengganu... and aku, cokey, acap, mus and yeye bekerja keras menyiapkan mug bermula jam 00.00 sehinggalah sekarang.. kami tak tahu sampai pukul berapa baru siap benda nie... datang pula choki-choki,terus kecoh jadinya...bergosip sajalah kerjanya tapi design mug tetap diteruskan juga...even tangan and otak bekerja,mata kena bekerja juga sebab takut Puan Shida and En Raja datang ambush kat lobby kolej kasa.... hahahhaaa, nasib abang zubir sporting habis... cayaa lah..

Saturday, March 26, 2011

i'm not single...




love atau cinta, semua orang pernah merasai saat jatuh cinta atau menyayangi seseorang.. tapi bukan semua yang berkekalan hingga akhir hayat... ada sesetengahnya separuh jalan, seperti putus kawan, putus cinta, putus tunang dan juga bercerai.. tapi semua itu kita tidak dapat menduganya dan juga tidak memintanya berlaku keatas kita diri kita, kawan-kawan dan juga saudara kita sendiri, tapi itulah takdir yang tuhan telah tentukan keatas kita...tapi kita perlulah memperbaiki diri kita agar tidak berulang kembali buat kali kedua atau ketiga, bak kata pujangga cinta sejati tidak perlu dicari kerana setiap orang mempunyai teman yang menyayangi kita seikhlas hatinya... kadang-kadang ada sesetangah orang walaupun sudah berteman, tak kiralah kekasih, tunang, ataupun berkahwin masih mengaku sendirian ataupun single... pernahkah dia terfikir jika pasangannya melakukan perkara yang sama ataupun lebih daripada itu?? mungkin juga tidak tapi mungkin juga ya tapi semua itu diri sendiri yang tentukannya..jagalah pasangan anda kerana kasih sayang yang ikhlas dan jujur akan datang tatkala kita tidak mencarinya kerana ia datang tidak kira masa dan tempatnya.. janganlah mengharapkan sesuatu yang mustahil tapi berusahalah untuk mendapatkannya, janganlah mudah berputus asa selagi anda boleh mendapatkannya.. sayangilah diri sendiri dan juga teman kita kerana bukan semua orang dapat merasai nikmat kasih yang sejati dan ikhlas dari seorang teman seperti kita.. berlakulah jujur terhadap diri sendiri dan juga pasangan kita..

with love <3
afiq nor...

artis...

aku artis? hahahaa, mungkin lambat lagi kot... kini aku hanya bergelar second voice in C-Voice Symphony,UiTM Kuala Terengganu... tapi dalam masa yang sama aku cuba untuk bergiat kembali dalam arena teater... aku amat meminati seni kerana itu aku memilih seni untuk sambung belajar... mungkin rupa aku tak seberapa serta tiada suara yang lunak tapi aku cuba memberanikan diri aku untuk mencuba semua itu, ini semua kerana minat yang amat mendalam terhadap bidang seni itu sendiri... seni merupakan satu cabang untuk memeriahkan kehidupan seharian kita daripada muram dan kelam, tapi untuk itu kita perlu memberanikan diri kita untuk mempelajari sesuatu yang baru dan bersedia untuk menghadapinya...



Wednesday, March 16, 2011

my journey...

erm dah lama aku tak balik kampung, dekat 2 tahun kot.. ngeeee, bukan tak nak balik tapi banyak kerja yang memustahilkan aku balik kampung... aku balik kampung pada 10-12/3/2011,tu pun sebab emergency kes kalau tak, aku pun tak tahu bilalah aku balik...


10/3/2011
aku bertolak balik pada pukul 13.45.. hahahahaa best2 ada gewe comey sebelah aku, mula2 tu dia jual mahal sebab aku speaking luar, bukan taknak speaking kelate tapi berterabur kot... last2 aku try gak, dia mula layan aku.. biasa laa an ayat manis,ngeee... cerita punya cerita, dia cakap dia balik sebab nak bertunang... hahahahaa aku sudah kenaa.. aku pun malas nak kacau hak milik orang so aku pun tidur... dalam pukul 5 petang aku sampai kota bharu,perkara yang pertama aku tengok ialah shopping complex sudah banyak...hahahahhaa,aku suka sangat-sangat... walaupun kepenatan tapi aku kena pergi rumah mak cik aku dulu pastu kena gi airport ambil pak cik aku lak, dia baru sampai dari kuching... malam tu sambil lepak dengan family aku,adik aku sampaikan sesuatu pesanan dari kawan lama aku, adik aku cakap kawan aku tu nak jumpa aku kat rumah dia.. tapi dengan pantas mak cik aku cakap "kau jangan ngada-ngada nak gi jumpa dia,dia dah jadi tunang orang daa..",,, alahaii nampak sangat lama tak balik sampaikan kawan bertunang pun tak tahu... kawan aku kat kampung semuanya perempuan dan majoriti dah tunang so aku lepak kat rumah je laa...hahahahahaa nasib badan,kasihan..

11/3/2011
waahhh sudaa lama tak rasa suasana kampung bila bangkit dari tidur,,, rasa tenang sangat-sangat,semua hilang bila berada di kampung... aku suka sangat-sangat, sudah lama tak makan beramai-ramai,,, biasalah semua sibuk,time raya belum tentu jumpa maybe ada yang takleh balik kampung... hari nie takde program menarik pun sebab hujan dari pagi... tapi aku bangga sekarang sebab kampung nie dah membangun,rumah banglo dah banyak sekarang... atas usaha pak cik aku juga laa,koperasi keluarga ditubuhkan dan untuk membangunkan kampung banggol ara, pasir mas...

12/3/2011
bangun pagi,lepak sekejap sebelum bertolak balik ke terengganu...dan inilah saat yang dinanti-nantikan,shopping...thanks kepada mak cik2 aku semua yaa...sayang mak cik2 semua..ngeeee...pukul 2 petang bertolak balik,dan sampai pada jam 6 pm kerana hujan di sepanjang perjalanan...

falling love?

jatuh cinta?
aku tak faham laa dengan lelaki sekarang... tangkap leleh tapi takut nak rapat and tegur girl tuu... kau lelaki so berani laa tegur die... aku rapat dengan girl bukan nak jadi playboy tapi belajar cara-cara menghargai wanita... aku diajar menghargai wanita dari kecil lagi, even just appreciate my mum... bila korang rapat dengan dia, korang boleh belajar bagaimana cara yang dia mahu... prinsip hidup aku senang jew,"NO MORE SCANDAL WHEN COUPLE,MY HEART JUST ONLY FOR HER"...bukan aku suruh jadi playboy tapi belajar memahami insan yang bernama wanita.. nie antara serba sedikit yang aku boleh share laa ae...


* jangan buat apa yang kau tak nak dia buat...
* jangan merokok depan or dengan dia..
* jangan jadi keras bila dengan dia tapi tunjuk yang kau nak jaga and lindungi dia..
* even kau tak percaya dia tapi tunjuklah muka seikhlas hati...
* cubalah untuk mengembirakan dia time dia sedih dan moody...
* sentiasa berada disisi dia,tak kira dia perlukan kau atau tak, sebab bukan semua girl akan tunjuk dia perlukan kau..
* sentiasa sabar dengan karenah dia,anggap dia sebagai seorang bayi yang perlu dijaga bagai menatang minyak yang penuh..
* sentiasa senyum,jangan tunjuk kau moody or ada problem..
* kenalkan semua kawan-kawan perempuan kau,terutama kawan rapat..
* kalau nak tipu pun,fikir dilogik akal..
* jangan selalu berjanji tapi buktikan kau boleh..
* jangan kongkong hidup dia tapi ambil berat tentang dia...
* hargailah dia selagi kau dapat kasih sayang darinya..
* lastly
ada sesetengah perkara perempuan tak dapat berkongsi dengan teman dia,
ada juga sesetengah perkara perempuan tak dapat berkongsi dengan ibubapa dia,
dan ada sesetengah perkara perempuan tak dapat berkongsi dengan kawan perempuan dia
tapi ada sesetengah perkara perempuan dapat berkongsi dengan kawan lelaki dia...
renungkanlah....
:D

Sunday, March 6, 2011

diriku

bagus sangat kew diriku ini? aku tak pernah anggap diri aku bagus and ape aku buat selama ini adalah berdasarkan pengalaman aku... aku tak pernah nak kongkong orang and bagi nasihat pada orang lain.. dan kini aku akan mengubah diriku, bukan kerana sesiapa tetapi sudah masanya aku berubah... terima kasih kepada yang telah menyedarkan aku... aku memang diriku yang lama cuma mungkin aku perlu mengubah sesuatu yang selama ini aku perlu ubah iaitu perangai aku sendiri.... mungkin aku tak dapat menolak mempunyai ramai kawan rapat tapi aku nekad mulai tahun ini "no more scandal when couple' so doakan aku berjaya ubah diriku ini... aku tetap dengan pendirianku tapi maaf bagi sesiapa yang cuba dan menipuku.. maybe aku susah untuk maafkan kamu...  nite, luv u all and salam..